fbpx

Bapa tunggal gigih membesarkan bayi selepas kehilangan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kisah seorang bapa tunggal yang tabah membesarkan anak kecilnya selepas kehilangan isteri telah menyentuh hati ramai netizen.

PETALING JAYA – Kisah seorang bapa tunggal yang tabah membesarkan anak kecilnya selepas kehilangan isteri telah menyentuh hati ramai netizen.

Menerusi satu hantaran di Facebook oleh Azhar Zainudin, lelaki tersebut dilihat menolak motosikalnya yang kehabisan minyak di tepi jalan sambil mendukung seorang bayi yang dianggarkan berusia tiga bulan.

Azhar yang kebetulan melalui kawasan itu segera memberhentikan motosikalnya untuk membantu, lalu lelaki tersebut berkongsi kisah hidupnya.

“Dia memberitahu bahawa isterinya meninggal dunia beberapa bulan lalu, dan sejak itu dia menjadi satu-satunya penjaga kepada anak kecilnya. Lebih menyedihkan, dia juga kehilangan pekerjaan sebagai pemandu kerana sering mengambil cuti demi menjaga bayi tersebut,” tulis Azhar dalam hantaran itu.

Lelaki itu turut berkongsi bahawa usahanya mendapatkan bantuan daripada pihak yang berwajib sering menemui jalan buntu.

“Pada hari pertama, saya diminta menyediakan dokumen. Hari kedua, saya datang semula dengan dokumen lengkap, tetapi diminta membawa bayi sebagai bukti. Hari ketiga, saya diberitahu pegawai yang bertanggungjawab bercuti,” katanya.

Azhar tersentuh dengan pengorbanan lelaki tersebut, menghulurkan bantuan dengan mengisi minyak motosikalnya dan memberikan sedikit sumbangan kewangan.

“Dia mengucapkan terima kasih dengan wajah penuh kesyukuran sebelum berlalu pergi ke rumahnya di Seksyen 7, Bangi. Kisahnya membuat saya terfikir betapa besarnya ujian hidup yang perlu ditanggung seorang bapa tunggal ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI