fbpx

Anggota APM cedera, ambulans langgar besi kren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ambulans yang rosak dan kecederaan dialami anggota APM.

KUALA LANGAT – Seorang anggota wanita Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cedera apabila ambulans dinaiki melanggar besi lori kren di Jalan Garuda, Batu 9 Kebun Baru, Telok Panglima Garang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, mangsa berusia 20-an cedera di muka dan telah dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori kren yang dalam perjalanan ke Klang telah berhenti di persimpangan tiga di Jalan Garuda.

Katanya, sebuah ambulans APM yang menuju Sijangkang dari arah Rimbayu telah melanggar bahagian besi kren tersebut yang terbujur ke hadapan di laluan ambulans.

“Akibat pelanggaran itu, ambulans berkenaan mengalami kerosakan di bahagian bounded belakang. Seorang penumpang yang juga anggota APM cedera di muka. Kedua-dua pemandu berusia 40 dan 50-an tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd. Sohairi Manaf ditalian 019-9993077 atau 03-31872222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI