fbpx

Amaran ribut petir di 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia pada hantaran Facebook memaklumkan, negeri tersebut ialah Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak.

“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Pahang (Tanah Tinggi Cameron), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling), Kuala Lumpur dan Johor (Batu Pahat dan Pontian).

“Di Sarawak pula melibatkan Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang, manakala Sabah merangkumi Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Tawau dan Sandakan,” menurut hantaran tersebut, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI