fbpx

11.2 tan ayam sejuk beku seludup jadi makanan ikan keli penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Maqis Kelantan (dua dari kiri) menyampaikan kotak berisi keratan ayam sejuk beku kepada wakil Jabatan Penjara baru-baru ini. FOTO IHSAN MAQIS

RANTAU PANJANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Kelantan menyerahkan sejumlah 935 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 11,220 kilogram (kg) yang dilucutkan hak kepada Jabatan Penjara pada 30 Disember lalu.

Pengarah Maqis Kelantan, Syed Fuad Syed Putra berkata, keratan ayam sejuk beku yang bernilai RM6,620 itu diserahkan kepada Penjara Machang dan Penjara Pengkalan Chepa di Kelantan termasuk Penjara Marang, Terengganu serta Penjara Penor, Pahang.

Menurutnya, bahan mentah tersebut jadikan sebagai makanan ternakan ikan keli di bawah Program Rehabilitasi Banduan di penjara berkenaan.

“Bahan mentah tersebut merupakan hasil sitaan pengimportan hasilan haiwan yang telah dilucutkan hak kerana tidak mematuhi aspek perundangan selaras dengan Seksyen 11(1) dan Seksyen 13 di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI