fbpx

Wanita cedera ditikam anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang wanita mengalami kecederaan pada perut akibat ditikam anak saudaranya dipercayai angkara perselisihan faham di flat Jalan Perai Jaya, Perai di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa merupakan ibu saudara suspek yang berusia 14 tahun. Suspek telah tinggal bersama mangsa yang berusia 35 tahun itu sejak empat hari lalu ekoran masalah keluarga.

“Semasa di ruang tamu, telah berlaku pertengkaran mulut antara mereka kerana suspek ingin tinggal semula dengan ibu kandungnya namun dihalang mangsa. Suspek kemudiannya menikam mangsa menggunakan sebilah pisau menyebabkan kecederaan di bahagian perut sebelah kiri,” katanya.

Mengulas lanjut, mangsa masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta manakala suspek telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI