fbpx

[VIDEO] ‘Ini bukan kes pertama, dah banyak kali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV yang memaparkan aksi pasangan terbabit di sebuah kedai runcit di Padang Tembak semalam.

PETALING JAYA – ‘Ini bukan kes pertama, dah banyak kali mereka buat kerja (merompak tabung di kedai) sekitar kawasan Padang Tembak ini’.

Itu antara reaksi pengguna di media sosial apabila melihat satu klip video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi pasangan lelaki dan wanita dipercayai suami isteri menyamun tabung sumbangan derma di sebuah kedai runcit.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Info Rakyat Dalam Kelantan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kawasan di Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pukul 12.40 tengah hari semalam.

Dalam rakaman CCTV berkenaan kelihatan pasangan tersebut telah datang ke kedai berkenaan menaiki sebuah motosikal.

Kedua-dua mereka kemudiannya dilihat memasuki kedai runcit berkenaan sebelum suspek lelaki mengambil tabung derma yang berada di meja juruwang sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam perbuatan pasangan terbabit dan ada yang mengatakan kedua-dua mereka adalah suspek sama yang melarikan tabung di beberapa premis sebelum ini.

“Banyak kali dah kes hilang tabung di kawasan Padang Tembak ni, laki bini buat kijo (kerja) merompak tabung derma ni lama dah.

“Nak report (buat laporan polis) kesian, tetapi kalau tak report makin naik toncang. Ini bukan kes terdesak dah ni, ada main barang (ambil dadah) ni,”tulis Firdaus Shukri Lukis.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Abu Abdul Azim.

“Tak padan masuk penjara boleh curi dua, tiga puluh riyal (ringgit). Baik gi (pergi) minta bantuan masjid, tok ngulu (penghulu) atau tok wokil (wakil rakyat) kalau nak banyak tu,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI