fbpx

UMNO Perak sokong kes Najib diselesai ikut undang-undang sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani

IPOH – Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak menyokong pendirian Ibu Pejabat UMNO agar semua tindakan berkaitan kes Datuk Seri Najib Tun Razak diselesaikan melalui saluran undang-undang yang sah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah itu adalah sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menganjurkan penghormatan kepada proses perundangan negara.

“Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak menjunjung kasih atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung kuasa prerogatif Baginda memberi pengampunan, menangguhkan hukuman, dan meringankan hukuman bagi kesalahan seperti yang digariskan di bawah Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, sebagai parti yang tetap teguh mendukung kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu serta menjunjung kedaulatan dan keluhuran undang-undang, UMNO Perak akur dengan ketetapan pihak berkuasa untuk tidak meneruskan perhimpunan yang dirancang pada 6 Januari ini.

“UMNO Negeri Perak menaruh keyakinan terhadap kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam mempertimbangkan rayuan terhadap kes Datuk Seri Najib, supaya pemimpin yang banyak berjasa kepada negara itu mendapat sebaik-baik keadilan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI