fbpx

Tiada kematian kes Covid-19 sejak 2023 – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Situasi terkini Covid-19 di Malaysia adalah terkawal tanpa peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian direkodkan berkaitan penyakit itu dilaporkan sejak April 2024.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, tiada kes varian baharu dikesan dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron serta subvariannya.

“Kes positif yang dilaporkan telah menurun 50.4 peratus kepada 100,666 kes tahun lalu berbanding 202,962 pada 2023.

“Pengisian katil bukan kritikal juga menurun daripada 0.68 peratus kepada 0.21 peratus, manakala pengisian katil ICU menurun daripada 1.21 peratus kepada 0.39 peratus,” jelas kenyataan tersebut.

Selain itu, KKM berkata, jumlah korban Covid-19 turut menurun dengan hanya 57 kematian tahun lalu berbanding 441 pada tahun sebelumnya.

“Situasi Covid-19 masih terkawal, tiada peningkatan mendadak kes yang memerlukan rawatan di ICU dan tiada kematian dilaporkan sejak 25 April 2024,” menurut kenyataan itu.

KKM berkata, jangkitan influenza A pula dilaporkan menurun 61 peratus tahun lalu berbanding 66 peratus kes pada 2023, manakala influenza B meningkat 39 peratus berbanding 34 peratus pada tahun sebelumnya.

KKM memaklumkan walaupun jangkitan influenza tidak wajib dilapor atau dinotifikasikan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), KKM sentiasa memantau kes influenza di seluruh negara.

“Peningkatan jangkitan saluran pernafasan akut pada hujung dan awal tahun adalah fenomena yang dijangka sepenuhnya, selaras peningkatan jangkitan saluran pernafasan yang turut dilaporkan di negara lain terutama yang bermusim sejuk seperti China,” kata kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan agar proaktif menjaga kesihatan diri serta mencegah jangkitannya kepada orang lain, terutama ketika berada di kawasan tertutup dan sesak. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI