fbpx

Siti Saleha, Joshua nak nikah bulan depan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENURUT sumber, Siti Saleha sudah menetapkan satu tarikh pada Februari ini untuk menamatkan zaman jandanya.

MENGENALI Siti Saleha, memang perahsia orangnya sehinggakan tiba-tiba timbul kisah bakal kembali bergelar isteri tidak lama lagi.

Semakin menguatkan dakwaan itu apabila dia diraikan dalam sebuah parti bujang pada Disember lalu. Selalunya kalau sudah ada parti, bermakna tarikh kahwin semakin hampir.

Ramai buat spekulasi dia akan berkahwin dengan kekasihnya, Joshua Fitton sekitar Januari atau pada bulan kasih sayang iaitu Februari. 

Kalau benar bagai dikata, Saleha akan jadi selebriti pertama berkahwin pada 2025, sekali gus memberi cahaya buat era kegelapan rumah tangga ramai artis seperti tahun lalu.

Jadi, adakah dia akan menyambut kedatangan Ramadan dan Aidilfitri sebagai isteri orang? Sama-samalah kita nantikan.

Selain Siti Saleha, pernikahan kali kedua Adira dan Datuk Red juga antara dinanti ramai. Harap menjadi kenyataan.

Diva: Bagus Saleha tak canang  hubungan cinta, tahu-tahu sudah rancang nak kahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI