fbpx

Sarawak,Sabah, Labuan dilanda cuaca buruk pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Timur negara sehingga 12 tengah hari ini.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan negeri-negeri yang terjejas termasuk Sarawak, Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Sarawak, cuaca buruk dijangka melanda kawasan Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri),” katanya.

Sementara itu, di Sabah, kawasan terjejas termasuk Pedalaman (Kuala Penyu dan Nabawan), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, dan Kota Belud), serta Tawau (Tawau).

“Wilayah Persekutuan Labuan juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama sehingga tengah hari ini,” tambahnya.

Penduduk di kawasan terlibat diingatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI