fbpx

Sarawak, Sabah, Labuan terus dibadai hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Timur negara sehingga 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri yang terjejas termasuk Sarawak, Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Sarawak, cuaca buruk dijangka melanda kawasan Sibu (Selangau), Mukah, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang,” katanya.

Sementara itu, di Sabah, kawasan terjejas termasuk Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Nabawan), Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

Tambahnya, Wilayah Persekutuan Labuan juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama sehingga lewat petang ini.

Penduduk di kawasan terlibat diingatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI