fbpx

Sampai hati buat cerita saya meninggal dunia – Muhammad Sajjad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sajjad menafikan dirinya sudah meninggal dunia.

PETALING JAYA – Usahawan dan pempengaruh kontroversi, Nur Sajat terkilan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab yang menjaja cerita palsu tentang kematiannya.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 40, berkata, ini bukan kali pertama dia menjadi mangsa berita palsu.

“Sampai hati buat cerita begini pada Sajat. Mentang-mentanglah Sajat jarang buat ‘live’. Kalian mudah buat cerita bukan-bukan pada Sajat.

“Bukan pertama kali jadi begini. Tahun lepas pun keluar cerita yang sama juga. Apa muslihat laman sebegini ya? Tak sudah sudah,” tulisnya.

Dalam status akaun Facebook Resepi K.A. Club, Sajat dikatakan telah meninggal dunia akibat dilanggar sebuah kereta SUV di luar negara.

Pempengaruh transeksual itu kini menetap di Australia sejak 2021 selepas dia melarikan diri dari Malaysia.

Biarpun kini menetap di negara orang, namun nama Sajat masih menjadi bualan ramai kerana dia sering melakukan sesi siaran langsung dalam akaun media sosial. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI