fbpx

Remaja perempuan tikam ibu saudara positif syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja perempuan yang menikam ibu saudaranya ketika tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Remaja perempuan yang menikam ibu saudaranya dengan pisau dalam kejadian di sebuah rumah di Flat Taman Teluk Indah, Prai di sini semalam direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nurul Ainna Ahmad bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang berusia 14 tahun dan sudah tidak bersekolah itu tiba di pekarangan Mahkamah Bukit Mertajam dengan dikawal anggota polis pada pukul 9.10 pagi.

Difahamkan, suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamin.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang wanita cedera disyaki akibat ditikam oleh anak saudaranya sendiri dalam satu kejadian di Flat Jalan Perai Jaya, Perai dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi.

Berdasarkan siasatan awal, suspek telah tinggal bersama mangsa yang berusia 35 tahun itu sejak empat hari lalu ekoran masalah keluarga.

Semasa di ruang tamu, telah berlaku pertengkaran mulut antara mereka kerana suspek ingin tinggal semula dengan ibu kandungnya namun dihalang mangsa.

Suspek kemudiannya menikam mangsa menggunakan sebilah pisau menyebabkan kecederaan pada bahagian perut sebelah kiri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI