fbpx

Pura-pura pengsan bila kena gari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga asing itu pura-pura pengsan apabila ditahan pegawai bertugas kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan. - Foto JIM

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga India pura-pura pengsan apabila ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan Ops Kutip di sebuah pusat beli belah di Jalan Memanda 9, Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, di sini, malam tadi.

Difahamkan, sebelum ditahan wanita terbabit sakan merakam operasi dan gagal mengemukakan pasport apabila diminta pegawai bertugas.

Selain itu, ada warga asing yang cuba bertindak agresif ke atas pegawai malah ada juga cuba berdalih apabila ditahan oleh pegawai.

Inilah antara senario yang perlu ditempuhi pegawai bertugas dalam serbuan yang bermula 7.30 malam semalam.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, seramai 141 individu diperiksa dalam operasi diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasa JIM Selangor, Johari Supardi bersama 33 pegawai dan anggota pelbagai pangkat.

Daripada jumlah itu, seramai 53 warga asing terdiri daripada 33 lelaki dan 20 wanita, berusia antara 14 hingga 65 tahun ditahan.

“Tangkapan membabitkan 14 warga India, Afghanistan (11), Bangladesh (enam), India (3), Nepal (3), Australia (3), Myanmar (3) dan Pakistan (3).

“Selain itu, kita turut menahan dua warga Filipina, dan masing-masing satu tangkapan membabitkan warga Sweden, Tanzania, Maghribi, Somalia dan Nigeria,” ujarnya.

Khairrul Aminus berkata, kesemua ditangkap atas kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen15 (1) (c) akta sama.

“Kesemua tangkapan dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI