fbpx

Polis tolak permohonan himpunan solidariti Isnin ini di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak permohonan penganjuran himpunan solidariti yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di sini Isnin depan ekoran dokumen dikemukakan tidak lengkap.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima permohonan daripada penganjur pada 31 Disember lalu, namun ia tidak memenuhi keperluan ditetapkan mengikut undang-undang.

“Pemakluman penolakan permohonan telah disampaikan kepada pihak penganjur pada kelmarin (3 Januari).

“Oleh itu, penganjuran himpunan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, walaupun permohonan ditolak, PDRM tetap membuat persiapan bagi memastikan keselamatan awam terjamin.

Susulan itu, seramai 456 pegawai dan anggota akan dikerahkan bagi memantau keadaan di sekitar lokasi berkenaan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menggesa orang ramai agar tidak menyertai sebarang perhimpunan dianjurkan mana-mana pihak berkaitan isu pengampunan.

Tindakan sedemikian disifatkan bertentangan dengan undang-undang dan tidak menghormati proses rasmi sebagaimana yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI