fbpx

Penunggang maut dirempuh kereta dipandu warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kereta dipandu warga asing sebelum merempuh penunggang motosikal di tempat kejadian.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta dipandu warga asing di Jalan Azalea 1/1 Sg. Choh, Serendah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan berkenaan kira-kira pukul 7.30 malam.

Katanya, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dipandu lelaki warga Pakistan berusia 50 tahun dan penunggang motosikal tempatan, 48.

“Semasa lampu isyarat bertukar hijau, penunggang telah meneruskan perjalanan dan secara tiba-tiba datang kereta dari arah sebelah kanan dan melanggar mangsa dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang.

“Akibat dari kemalangan tersebut, mangsa tercampak ke tepi jalan dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan pada pukul 8.45 malam hari sama.

“Bedah siasat ke atas mangsa dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu pagi semalam bagi mengenal pasti punca kematian,” ujarnya.

Menurut Ahmad Faizal, kereta Proton Wira yang dipandu suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kemalangan untuk tampil membantu siasatan,” pesannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI