TIDAK mudah menjaga kelangsingan tubuh apabila sudah memasuki usia emas, namun bintang senior Bollywood, Shilpa Shetty membuktikan tiada perkara mustahil dalam dunia.
Kata bintang Dhadkan itu, setiap orang hanya perlu berjiwa kental dan berusaha sepenuh jiwa untuk melestarikan keinginan.
Untuk mengejar impian memiliki bentuk tubuh seperti wanita 20-an, Shilpa, 49, mengamalkan pemakanan sihat.
Sarapannya hanya jus avocado disusuli bubur beras perang, manakala tengah hari, dia hanya makan nasi beras perang atau capati dicicah kuah kari bersama sayur. Enggan terlampau menyekat selera, seminggu sekali ibu kepada dua anak itu tetap menjamah pemanis mulut seperti kek.
Selain menjaga makan, bintang Dhadkan itu meminta wanita jangan malas bersenam sebagai rutin harian mengeluarkan peluh.