fbpx

Nafi titah satu penderhakaan besar kepada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah Zainuddin

PETALING JAYA – Kerajaan atau mana-mana pihak tertentu mempunyai obligasi untuk menyempurnakan titah Institusi Yang di-Pertuan Agong yang dibuat dengan teratur mengikut lunas perundangan negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia termasuk apa juga titah tambahan atau Titah Adendum dalam hal pengampunan Diraja yang dibuat oleh mana-mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Rakyat juga berhak mengetahui hakikat sebenar tentang kewujudan Titah Adendum, yang sebelum ini dkaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak bagi menjalani baki hukuman penjara di rumahnya.

“Suara rakyat yang ingin tahu akan kewujudan dan kedudukan Titah Adendum tersebut adalah hak bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan ia tidak boleh dihalang oleh mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Hamzah, isu Titah Adendum menjadi kepentingan awam dan rakyat mempersoalkan mengapakah ia tidak dilaksanakan, jika telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sejak setahun lalu.

“Hal ini adalah amat penting kerana apa-apa perlakuan ingkar, menyembunyikan atau menafikan mana-mana titah yang dizahirkan oleh Institusi Yang di-Pertuan Agong, termasuk Titah Adendum tersebut, adalah merupakan satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara,”ujarnya.

Tambah Ahli Parlimen Larut itu, menjadi salah satu kewajipan juga bagi semua rakyat Malaysia untuk menjunjung tinggi serta memartabatkan Institusi Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Beraja.

Katanya, ia adalah lambang kedaulatan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, dilaporkan Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Januari ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI