KUCHING – Malang menimpa seorang lelaki apabila dia maut selepas dihempap rumahnya yang runtuh dalam kejadian di Kampung Stutong Baru di sini hari ini.
Mayat Lim Inn Tong, 58, ditemui di bawah runtuhan pada pukul 2.50 pagi oleh sepasukan bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.
“Kami mula mencari selepas orang awam memaklumkan ada mangsa di bawah runtuhan. Kami kemudian menemui mayat Inn Tong pada pukul 4.05 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisoner Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata punca kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE