LONDON – Bintang tinju Britain, Anthony Joshua mengakui pertarungan bernilai £500 juta (RM2.78 bilion) dengan Tyson Fury ‘wajib’ berlangsung pada musim 2025 walaupun mereka berdua baru sahaja mengalami kekalahan besar.
Joshua, 35, sebelum ini tewas ditangan Daniel Dubois pada September di Wembley yang ketika itu Fury menyaksikan pertarungan tersebut di tepi gelanggang.
Namun, Fury, 36, turut tewas dua kali berturut-turut kepada Oleksandr Usyk baru-baru ini dilihat bersedia untuk berdepan Joshua yang dijangka berlangsung dua pusingan di Arab Saudi atau London.
“Saya telah terlibat dalam banyak pertarungan, tetapi yang ini mesti berlaku pada 2025. Sudah tentu ia mesti berlaku dan saya berharap ia benar-benar menjadi kenyataan,” kata Joshua.
Sementara itu, promoter Eddie Hearn, yakin perlawanan ini adalah satu-satunya pilihan bagi Fury.
“Kenyataannya, hanya ada satu pertarungan untuk Tyson Fury dan lawannya adalah Anthony Joshua. Sudah pasti, ia akan menjadi pertarungan terbesar dalam sejarah tinju British.
“Satu di Wembley dan satu lagi di Riyadh. Saya akan memastikan pihak berkuasa di Arab Saudi agar perlawanan ini menjadi kenyataan,” tegas Hearn. – AGENSI