fbpx

Israel serbu Hospital Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Hospital Indonesia, Gaza. - Foto Anadolu

BANDAR GAZA  – Tentera Israel menyerbu Hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza dan membuat ancaman terhadap pekerja perubatan serta pesakit, lapor portal berita Middle East Monitor semalam.

Menurut Pusat Maklumat Palestin, tentera Rejim Zionis turut mengarahkan pemindahan pesakit dilakukan segera dari hospital tersebut.

Menurut sumber media, hospital itu kini dikepung tentera Israel yang terus melepaskan tembakan peluru hidup di sekeliling bangunan tersebut.

Kebanyakan mereka yang berada di hospital terkepung itu ialah wanita dan kanak-kanak serta beberapa orang yang cedera dan tidak dapat bergerak.

Sebelum ini, pengarah Hospital Indonesia sudah menyatakan bahawa kemudahan tersebut telah kehabisan semua bekalan perubatan dan meminta tindakan segera daripada masyarakat antarabangsa untuk menyelamatkan nyawa orang awam yang cedera dan sakit.

Beliau berkata,  Israel terus memusnahkan kawasan sekitar hospital tersebut.

Tentera Israel juga memusnahkan peralatan oksigen dan jentera elektrik, menjadikannya mustahil untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang penting, kata pengarah berkenaan.

Serangan ke atas kemudahan kesihatan itu berlaku seminggu selepas Israel menyerbu dan memindahkan secara paksa pesakit Hospital Kamal Adwan serta menghantar mereka yang memerlukan rawatan perubatan ke Hospital Indonesia.

Kini tiada lagi hospital yang beroperasi di utara Semenanjung Gaza sekali gus membahayakan nyawa seramai 300,000 rakyat Palestin di kawasan itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI