fbpx

Ibu Elon Musk, Maye popular di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maye menghadiri Festival Filem Cannes di Cannes, Perancis pada 23 Mei 2023. - AFP

BEIJING – Ibu kepada lelaki terkaya di dunia, Elon Musk menempa populariti meningkat di China selepas sering berkunjung ke negara itu sejak dua tahun lalu, lapor laman berita VNExpress.

Pakar diet dan model, Maye Musk dengan pantas mengumpul sejumlah pengikut platform media sosial yang ingin tahu lebih lanjut mengenai kehidupannya.

Dia ketika ini mempunyai kira-kira 575,000 pengikut di Xiaohongshu dan 355,000 lagi di Douyin.

Dalam temu bual pada Februari tahun lalu bersama jurnal fesyen, Women’s Wear Daily, Maye berkongsi bahawa dia mengembara ke 12 bandar raya China pada tahun sebelumnya untuk menyampaikan ucapan dan menjadi model.

“Apabila saya pergi ke China, semua orang kelihatan gembira, mesra dan seronok,” katanya.

Pengasas audio siar Following the Yuan, Jiang Yaling berkata, kemasyhuran Maye sebahagiannya dikaitkan dengan Musk, namun dia mencapai populariti ekoran peningkatan trend pesohor media sosial warga emas, khususnya wanita.

“Golongan itu mengecapi populariti dengan ketara kerana walaupun sudah berusia, mereka kelihatan masih anggun,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI