fbpx

Husniah lega rekod kebangsaan diiktiraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUSNIAH mencipta rekod 100m kebangsaan sewaktu mengungguli Terbuka Perlis di Kangar pada Oktober lalu.

RATU pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli akhirnya boleh menarik nafas lega selepas Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengesahkan rekod 100 meter (m) kebangsaan miliknya tetap diiktiraf.

Bagaimanapun, rekod tersebut buat masa ini masih belum diiktiraf secara rasmi oleh Olahraga Dunia (WA) kerana KOM masih dalam proses mengemukakan laporan bacaan angin.

“Saya telah mendapat maklumat daripada persatuan rekod yang dicipta diiktiraf,” ujar Husniah yang sebelum ini terkejut selepas rekod 100m kebangsaan miliknya dengan catatan 11.49 saat (s) dilakar di Terbuka Perlis pada Oktober lalu tidak diiktiraf.

Menurut kenyataan KOM, isu itu timbul akibat kesilapan pentadbiran di mana bacaan angin kejohanan yang berlangsung di Kangar tersebut tidak disertakan dalam ringkasan keputusan dihantar kepada WA.

HUSNIAH mencatat masa 11.48s pada Terbuka Perlis sebelum catatan rasmi 11.49s disahkan rekod kebangsaan.

“Terdahulu berlaku salah faham apabila terdapat berita yang memaklumkan keputusan tersebut tidak diiktiraf,” jelas Husniah.

Husniah sebelum ini meluahkan kekecewaan dengan berita awal yang mendakwa rekod itu tidak sah, terutama selepas pengalaman pahit pada 2017 apabila catatan 11.36s dilakukannya di Pretoria, Afrika Selatan tidak diiktiraf kerana bantuan angin.

“Masuk kali ini dah dua kali perkara yang sama terjadi,” tambah atlet dari Alor Setar, Kedah itu.

Sebagai rekod, Husniah memecahkan rekod kebangsaan berusia 30 tahun dengan memadam catatan lama 11.50s yang dilakukan oleh legenda olahraga negara, G. Shanti pada 1993.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI