PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir melibatkan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan negeri-negeri yang terjejas adalah Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Bagi Kedah, cuaca buruk melibatkan kawasan Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim,” katanya.
Keadaan sama turut melanda Selangor di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang serta Wilayah Persekutuan Putrajaya di keseluruhan wilayah.
“Bagi Negeri Sembilan, hujan lebat diramalkan berlaku di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau, sementara di Melaka di Alor Gajah dan Melaka Tengah,” katanya.
Sarawak turut diramalkan mengalami ribut petir di Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
Cuaca buruk turut dijangka berlaku di Sabah di kawasan Pedalaman, Pantai Barat (Papar dan Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran) serta keseluruhan Wilayah Persekutuan Labuan.
Penduduk di kawasan terlibat diingatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang. – KOSMO! ONLINE