fbpx

F1: Red Bull masih minat khidmat Sainz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ kehilangan tempat di Ferrari menyebabkan dia menyertai Williams untuk saingan musim depan. - AFP

LONDON – Pasukan Red Bull mengesahkan bahawa bekas pemandu Ferrari, Carlos Sainz masih berada dalam radar mereka walaupun senarai barisan pelumba untuk musim 2025 telah pun lengkap.

Pasukan yang berpangkalan di Milton Keynes itu telah mengikat pelumba muda mereka, Liam Lawson untuk bergandingan dengan juara dunia Formula Satu (F1) empat kali, Max Verstappen, bagi musim depan.

Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner menegaskan bahawa peluang untuk bekerjasama dengan Sainz pada masa depan masih terbuka.

“Carlos (Sainz) adalah pemandu yang hebat dan peluang untuk bekerjasama dengannya tetap terbuka pada masa depan,” kata Horner.

Sainz, 30, sebelum ini diramalkan akan menjadi rakan sepasukan Verstappen di Red Bull, namun pasukan itu memilih untuk mempromosikan Lawson daripada pasukan junior mereka, RB.

Lawson menunjukkan prestasi cemerlang dalam enam perlumbaan terakhir musim 2024, dipilih sebagai sebahagian daripada komitmen Red Bull untuk memperkukuh program pembangunan pelumba muda mereka.

Menurut Horner, keputusan memilih Lawson berbanding Sainz adalah sebahagian daripada strategi Red Bull untuk mengekalkan daya tarikan program junior mereka terutama memberi peluang jelas kepada bakat muda untuk mencapai tempat ke Formula Satu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI