fbpx

Dua maut dua cedera kereta terjunam ke dalam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di Kilometer 152.4 LPT1 di Maran hari ini.

MARAN – Dua maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di Kilometer 152.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, kejadian berkenaan menyebabkan empat mangsa yang menaiki kereta jenis Nissan Almera tersepit di dalam kenderaan.

“Dua mangsa meninggal dunia dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat manakala dua lagi yang cedera dihantar ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, bomba yang menerima panggilan pada pukul 11.07 pagi tiba di lokasi kejadian pada pukul 11.27 pagi.

Katanya pihak bimba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan yang terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter itu menggunakan peralatan menyelamat.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis manakala dua lagi dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI