fbpx

‘Dia tidak pernah agresif, ibunya minta jaga sementara – Bapa saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja perempuan yang bertindak menikam ibu saudaranya ditahan di lokasi kejadian di Flat Taman Teluk Indah, Perai, semalam.

SEBERANG PERAI – Suami kepada wanita yang cedera ditikam oleh anak saudaranya dengan pisau dalam kejadian di Flat Taman Teluk Indah, Perai di sini semalam tidak menyangka suspek sanggup bertindak sedemikian ketika dia keluar bekerja.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Safwan,35, mendakwa, anak saudaranya itu tidak pernah bersikap agresif meskipun terlibat masalah gejala sosial.

“Dia (suspek) dihantar ke rumah kami oleh kakak kandung saya supaya isteri (mangsa) boleh menjaganya sementara dia pergi kerja.

“Anak saudara kurang sihat kerana terlibat dalam kemalangan beberapa hari lalu dan saya meninggalkan mereka termasuk anak kami berusia lima tahun untuk ke tempat kerja,” katanya di sini.

Katanya lagi, dia bergegas pulang ke rumah sejurus menerima panggilan berhubung kejadian berlaku petang semalam.

“Saya lihat isteri berada di hadapan pintu rumah dan mengerang kesakitan. Ketika itu saya lihat anak buah saya berada di tempat kejadian tapi saya hanya fokus pada isteri dengan membantu pihak ambulans bawanya ke Hospital Seberang Jaya.

“Syukur isteri berada dalam keadaan stabil dan dia kini dipindahkan ke hospital swasta untuk rawatan susulan,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, dia menyerahkan sepenuhnya siasatan dan tindakan lanjut kepada pihak polis mengenai kejadian berlaku. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI