fbpx

Bunuh kenalan di hotel bajet kerana cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SERDANG – Gara-gara cemburu, seorang lelaki warga Bangladesh bertindak membunuh kenalannya, wanita warga Indonesia di sebuah hotel sekitar Taman Mawar Puchong, di sini, 31 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menahan suspek berusia 23 tahun itu pukul 4.30 petang semalam.

“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Serdang bersama Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor berjaya membuat tangkapan ke atas suspek utama iaitu lelaki warga Bangladesh yang bekerja sebagai buruh binaan di Presint 20, Putrajaya.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek merupakan kenalan si mati yang berusia 39 tahun dan mengaku membunuh si mati kerana cemburu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah sehingga 10 Januari ini.

“Kes masih diteruskan dengan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“IPD Serdang meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian jenayah agar menyalurkan maklumat tersebut dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis menahan dua lelaki warga asing berusia 39 tahun bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita warga asing di sebuah hotel di Taman Mawar Puchong, di sini, pada Rabu.

Maklumat awal mendapati mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel tersebut dan dipercayai telah dibunuh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI