fbpx

‘Balik lah rumah Siti Sarah, kami sayang sepenuh hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Sarah yang keluar dari rumah keluarganya di Kampung Sungai Nonang,Mukim Tebengau,Simpang Empat dekat sini Khamis lalu dan tidak pulang sehingga sekarang.

SIMPANG EMPAT – Sepasang suami isteri tidak senang duduk mengenangkan keselamatan anak perempuan tunggal mereka berusia 18 tahun yang dikesan menghilangkan diri dari rumah mereka di Kampung Sungai Nonang, Mukim Tebengau di sini sejak dua hari lalu.

Bapa remaja berkenaan, Senu Abdul Ghani,60,sejak menyedari kehilangan Siti Sarah Abdullah anak angkat yang dibela sedari kecil pada pukul 4.30 pagi Khamis lalu, beliau dan isterinya Salmah Ramli, 60,telah melakukan pelbagai usaha mencarinya di serata tempat tetapi hampa.

“Ini kali pertama dia hilang menyebabkan kami bimbang keselamatan dirinya tambahan lagi dia seorang perempuan.

“Tiada perkara atau perbuatan kami suami isteri yang dikesan menyinggung perasaannya hingga membuatkan dia mengambil keputusan keluar dari rumah sebaliknya kami menyayanginya sepenuh hati,” katanya yang dihubungi hari ini.

Menurut pesawah itu lagi, anaknya itu yang baharu saja menamatkan pelajaran tingkatan lima tahun lepas tidak bekerja dan hanya tinggal di rumah sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI