SIAPA tidak risau apabila terima ugutan apatah lagi membabitkan soal nyawa macam yang dilalui penyanyi dangdut Baby Shima, baru-baru ini.
Kalau lemah semangat, boleh jadi mental dibuatnya. Apatah lagi tuan badan tidak tahu kesalahan dilakukan sehingga diancam bunuh.
Memang tepat tindakan Baby Shima membuat laporan di Balai Polis Sibu ketika berada di Sarawak.
Ugutan tersebut diterima daripada individu dipercayai lelaki lokal yang tidak suka penyanyi terbabit datang ke negeri itu.
Iyalah, dia diundang ke Bumi Kenyalang untuk mengadakan persembahan, bukan mahu buat onar. Jadi kalau tak suka pun jangan sampai mengugut. Kan dah kena heret ke balai.
Apa pun, Baby Shima beritahu Diva dia tetap sayangkan orang Sarawak sebab ramai lagi yang baik-baik dan menyambutnya dengan mesra.
Lelaki yang melayangkan ancaman itu kes terpencil sahaja, bukan mewakili suara masyarakat di sana.
Penyanyi yang turut popular di Indonesia itu berkata, laporan polis yang dibuat menjadi pengajaran kepada pelaku agar tidak bertindak melulu tanpa memikirkan kesannya.
Diva: Kerap dikecam tetapi ini pertama kali Baby Shima terima ugutan bunuh.