fbpx

Anak bunuh ibu guna kapak, tak belikan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menjalankan siasatan di rumah suspek di Kapuas Hulu, wilayah Kalimantan Barat. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang lelaki berusia 23 tahun di Indonesia tergamak membunuh ibunya dengan kejam selepas tidak dibelikan sebuah motosikal baharu, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Kapuas Hulu, wilayah Kalimantan Barat pada 14 Disember lalu. 

Ketua Polis Kapuas Hulu, Iptu Rinto Sihombing berkata, suspek kecewa apabila si ibu tidak membelikan motosikal dan menolak permintaannya untuk berkahwin. 

“Polis berjaya menahan suspek untuk siasatan lanjut. 

“Mangsa tidak menunaikan permintaan anaknya kerana mengalami masalah kewangan, manakala suspek juga belum mendapat pekerjaan tetap.

“Teguran si ibu mencetuskan kemarahan suspek, menyebabkan dia mengambil kapak di dapur lalu menyerang mangsa dari belakang,” kata Rinto. 

Suspek menyesal dengan perbuatannya, namun dia tidak boleh ‘lari’ daripada hukuman, tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI