fbpx

[VIDEO] ‘Abang bomba baru nak bersiap, ular dah sampai dulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran tersebut.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri mencuri perhatian apabila berjaya menangkap seekor ular sawa yang memasuki rumah mereka sebelum menyerahkannya kepada pihak bomba.

Menerusi perkongsian @imrine23 di TikTok, seorang wanita dilihat membonceng motosikal yang bersama suaminya sambil memegang ular sawa tersebut.

Mereka kemudian memasuki pekarangan sebuah balai bomba untuk menyerahkan ular itu kepada anggota bertugas.

Menurut @imrine23, kejadian berlaku sekitar pukul 5.40 pagi. Selepas menunggu hampir 40 minit setelah menelefon bomba, mereka memutuskan untuk menghantar sendiri ular berkenaan ke balai.

“Oleh kerana kami mempunyai alat yang sesuai untuk menangkap ular, kami terpaksa berbuat demikian. Daripada terlepas masuk rumah orang lain, baik hantar kepada pihak tertentu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Hantaran itu menghiburkan hati pengguna media sosial, dengan ramai yang memuji keberanian pasangan tersebut dan menyifatkan tindakan mereka sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Abang bomba baru nak siap-siap pergi tempat ada ular, tiba-tiba ular yang sampai dulu,” komen Nor Immaidayu.

“Masalahnya ular tu baik je. Diam je. Tak ada menggeliat ke menggulung ke. Dah macam pasrah dan reda je naik motor pagi-pagi subuh,” kata Miss N.

“Terbaik lah abang dan isteri. Salute! (tabik). Naik motor sebelah tangan je, sambil pegang ular. Kalau aku, dah mencecet lari,” puji Adrenaline. – KOSMO! ONLINE

@imrine23 Pagi2 buat hal ye , Kira-kira jam 5.40pagi seekor ular sawa memasuki halaman rumah. Kami telah menangkap ular sawa tersebut dan menghubungi pihak bomba untuk membawa ular tersebut. Setelah 40minit menunggu pihak bomba , kami telah bertindak menghantar ular tersebut ke Balai Bomba terdekat. Oleh kerana kami dia mempunyai alat yang sesuai utk menangkap ular , kami terpaksa berbuat demikian. Berapa lama nak pegang, tangan pun dah leguh ! Lambat pulak dah nak pergi kerja😂 Daripada terlepas masuk rumah orng lain, baik hantar lat pihak tertentu! #kecemasan #ularsawa #bomba @Siakap Keli @OHBULAN! ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI