fbpx

90 kepuk kubur Selat Klang dialih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kepuk kubur yang dialihkan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini.

KLANG – Kira-kira 90 kepuk kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini, telah ditanggal dan dialihkan hari ini dipercayai bagi proses pemindahan kubur bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Wakil waris, Hazlina Hasbullah, 49, dia yang mahu menziarah kubur ahli keluarganya terkejut melihat kepuk itu ditanggalkan oleh kontraktor terlibat dengan kerja-kerja dilakukan bermula kira-kira pukul 10 pagi.

“Proses pengalihan itu mengambil masa hampur dua jam dengan sebahagiannya masih sempurna.

“Kesemua kepuk itu kemudian diletakkan berdekatan pagar kawasan berkenaan,” katanya hari ini.

Pada 13 November tahun lalu, Kosmo! melaporkan 48 waris dan ahli keluarga kekal membantah pemindahan kubur itu dan menyerahkan memorandum di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Kata Hazlina, pihaknya kesal kerana kerja itu dilaksanakan biarpun bantahan sudah dikemukakan dengan waris-waris dimaklumkan bahawa kerja pemindahan kubur tetap diteruskan pada Isnin ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI