fbpx

2 maut, 19 cedera pesawat ringan terhempas di California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan asap tebal keluar dari bumbung gudang di bandar Fullerton pada 2 Januari lalu. - KABC

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Sekurang-kurangnya dua maut, manakala 19 lagi cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas di atas bumbung gudang perabot di negeri California, lapor portal berita ABC News semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 2.09 petang (waktu tempatan) di Blok 2300 Raymer Avenue di bandar Fullerton pada Khamis lalu. 

Polis Fullerton berkata, dua individu yang terkorban dipercayai berada di dalam pesawat semasa nahas, manakala mangsa yang cedera sedang bekerja di dalam bangunan komersial tersebut. 

“Kecederaan mereka termasuk dari ringan hingga sangat parah. 11 daripada mereka dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” kata polis. 

Penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Elliot Simpson berkata, pesawat enjin tunggal itu berlepas dari lapangan terbang sejurus selepas pukul 2 petang (waktu tempatan). 

“Ia terbang pada ketinggian 274.32 meter sebelum menghubungi menara kawalan trafik udara untuk meminta pulang ke lapangan terbang. 

“Juruterbang dibenarkan untuk mendarat, namun pesawat itu membuat pusingan 180 darjah dan terhempas kira-kira 304.8 meter dari landasan. 

“Kapal terbang itu merempuh sebuah gudang perabot sehingga terbakar, kata Simpson kepada wartawan semasa sidang akhbar.

Tambah Simpson, pesawat yang terlibat adalah Van’s Aircraft RV-10 yang dibina pada 2011.

“Tidak jelas mengapa juruterbang meminta untuk kembali ke lapangan terbang, tetapi pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan,” tambahnya. 

Nahas itu menyebabkan kebakaran dan kerosakan besar pada sebahagian gudang, menurut Jabatan Bomba Fullerton. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI