fbpx

15 keterangan diambil, dua mangsa konsert Pinkfish telah sedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Polis telah merakam keterangan 15 individu setakat ini bagi membantu siasatan kematian empat individu dalam konsert Pinkfish di Bandar Sunway dekat sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia termasuk keterangan daripada rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa.

Katanya, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat dan toksikologi bagi menentukan punca kematian empat individu tersebut.

“Selain itu, berdasarkan makluman diterima daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dua lagi mangsa lain telah mula sedarkan diri namun berada dalam keadaan lemah,” katanya hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua lelaki dan dua wanita tempatan berusia 20 hingga 40 tahun yang maut selepas menghadiri konsert malam ambang tahun baharu tersebut disyaki positif dadah jenis ekstasi.

Justeru, polis telah membuka empat kertas siasatan bagi mengenal pasti sekiranya wujud unsur jenayah atau keracunan.

Polis juga kini melakukan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk kemungkinan terdapat penjualan pil ekstasi di dalam kawasan penganjuran konsert Pinkfish itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI