fbpx

Saya cuma nak tenang dan gembira – Zahnita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHNITA ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – “Saya cuma berharap agar semuanya berjalan lancar mengikut perancangan,” demikian kata bekas peragawati, Zahnita Wilson atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40.

Zahnita hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Pahang hari ini bagi sebutan semula kes hak penjagaan ke atas empat anaknya.

Kata pelakon itu, dia tidak dapat memberikan sebarang ulasan memandang kes tersebut masih dalam perbicaraan.

Ditanya mengenai perancangan tahun ini, Zahnita berkata, dia mengharapkan kehidupan yang lebih tenang dan gembira.

“Tak nak ada sebarang halangan, pergaduhan dan sebagainya. Cuma nak tenang dan gembira. Itulah harapannya,” katanya.

Pada 6 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Pahang membenarkan hak jagaan sementara diberikan kepada Zahnita selepas wanita itu memohon mendapatkan jagaan ke atas anak-anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI