fbpx

[VIDEO] ‘Terima kasih abang polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan Alia di TikTok miliknya.

PETALING JAYA – “Mujur anggota polis berkenaan bantu pandukan jalan, jadi hanya ambil masa kira-kira 10 minit untuk sampai ke Hospital Selayang. Kalau lewat sikit tak pasti apa yang berlaku kepada saya, terima kasih.”

Demikian perkongsian Alia Syahirah Mohd Farid atau mesra disapa Alia, 30, tentang video yang memaparkannya sedang memandu ke Hospital Selayang sambil menangis akibat serangan jantung, Isnin lalu.

Katanya, dia sangat berterima kasih kepada anggota polis bernama Deshan dan seorang lagi rakannya yang membantu mengiringinya ke hospital secepat mungkin selain para pemandu yang memberikan laluan ketika kejadian.

“Allah SWT hadirkan mereka di saat saya sangat memerlukan bantuan. Mereka ada tawarkan untuk pandu kereta saya tapi saya menolak kerana hanya fikirkan mahu segera sampai ke sana (hospital),” katanya ketika dihubungi.

Kongsinya yang bekerja sebagai eksekutif jualan di sebuah syarikat di ibu negara, dia tidak menyedari ‘ketidakselesaan’ yang dialami sejak seminggu sebelum kejadian merupakan simptom sakit jantung.

“Dalam masa seminggu sebelum kejadian saya dah mula rasa tak selesa. Pernah ketika waktu makan malam di sebuah pusat beli-belah Kuala Lumpur, saya rasa nak pitam dan pening hingga terpaksa ke tandas serta terus muntah.

“Ada pekerja pembersihan perasan dan ketika itu saya dibantu dibawa ke bahagian rawatan. Keesokkannya saya je klinik kesihatan namun dimaklumkan hanya mengalami jangkitan saluran pernafasan atas (URTI),” kongsinya.

Susulan itu katanya, Alia beranggapan tiada perkara serius menimpanya dan kembali bekerja seperti biasa sehingga satu ketika dia diserang sakit belikat dan leher pula.

“Bahagian kanan saya dari bahu ke bawah mula rasa lemah. Saya masih aktif dengan aktiviti harian sehingga Ahad lalu walaupun kaki sembab dan ada teman yang syak saya sakit jantung.

“Bila ada cakap macam tu baru saya rasa nak pergi buat pemeriksaan. Tapi pada Isnin saya masih kerja dan ketika mahu pulang saya saya rasa tak selesa dan sakit dada yang bertambah kuat,” ujarnya.

Ketika itulah seperti video yang tular saya memandu ke Hospital Selayang diiringi kereta polis kerana sudah tidak berdaya menanggung kesakitan pada dada.

Katanya, pemeriksaan awal elektrokardiogram (ECG) dilakukan dan didapati jantungnya berada dalam keadaan tidak normal serta berdegup laju.

“Sekitar tengah malam, doktor memaklumkan saya didiagnos sebagai sindrom koronari akut (ACS) menyebabkan bahagian saluran arteri tersumbat dan ditahan di wad Hospital Selayang selama tiga hari.

“Saya seorang yang workaholic (gila kerja) dan rasa lemah bila tak buat apa-apa. Namun penyakit ini membuatkan saya lebih bersederhana dan lebih menjaga pemakanan harian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

@.cikalya Terima kasih kepada anggota polis bernama Deshan & rakan kerana mmbntu mngiringi saya ke hospital secepat yg mungkin, Allah swt hadirkn mereka disaat saya sgt memerlukan bantuan dan jutaan terima kasih juga kpd semua pmndu yg mmbuka laluan semasa saat ini, masa itu sgt brharga utk mnyelamatkn nyawa saya. Alhamdulillah Allah masih beri peluang utk bernafas,walaupun berdepan dengan detik paling cemas. Hujung sekali masa sy senyap tu sbb dh kena serangan. #dashcam #dashcamvideos #dashcamfootage ♬ suara asli – fredd

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI