PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut melihat kanak-kanak lelaki berjalan bersendirian di sebuah kawasan perumahan tanpa pengawasan.
Menerusi satu hantaran di platform X, wanita itu sedang menaiki kenderaan sebelum berhenti apabila terlihat kanak-kanak yang memakai baju berwarna merah itu berjalan ke arahnya tanpa kasut.
Lebih membimbangkan tiada individu dewasa kelihatan sekali gus mencetuskan tanda tanya tentang keberadaan kanak-kanak tersebut di lokasi berkenaan.
Perkongsian video itu meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati atas kecuaian kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut.
“Ya Allah, dia boleh lepas mcm ni je sampai anak keluar rumah. Ini kalau orang bawa lari anak, memang habis heboh. Tak sayang anak ke?,” ujar Rosse.
“Tak tutup pintu ke macam mana? Budak besar itu boleh keluar sendiri,” soal Mimi Saidi.
“Budak comel macam ini dibiarkan begitu saja. Mana ibu bapa dia?” komen Zul Azri. – KOSMO! ONLINE
Ya Allah dia boleh lepas mcm ni sampai anak keluar rumah. Ni confirm parents Gen Z ni. ni kalau orang bawak lari anak ni memang habis heboh. Tak sayang anak ke?😭 pic.twitter.com/kg7akIjeY6
— Rosse ☽˚。⋆ (@Miss_Ross3) January 2, 2025