PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing berdepan pengalaman melucukan apabila tiga penumpangnya enggan bangun walaupun telah dikejutkan berkali-kali selepas tiba di destinasi.
Menerusi perkongsian @daddy_dayat di TikTok, pemandu tersebut dilihat cuba mengejut tiga lelaki yang sedang lena tidur di tempat duduk belakang dengan menggoyangkan kaki mereka, namun tiada respons diterima sehingga dia kebingungan.
Tidak putus asa, dia mencuba kaedah lain dengan menepuk kedua-dua tangannya tetapi gagal juga. Akhirnya, dia keluar dari kereta, membuka pintu belakang dan menggoyangkan bahu salah seorang penumpang.
Situasi bertambah lucu apabila lelaki yang terjaga itu dalam keadaan mamai hanya berkata, tak nak sebelum cuba menutup pintu kereta semula.
Hantaran ini telah menghiburkan hati pengguna media sosial yang rata-rata meninggalkan komen mengusik dalam ruangan komentar.
“Tutup aircond (penghawa dingin), buka tingkap sikit, biar mereka kat dalam kereta,” ujar Nashkoka.
“Waktu kau keluar kereta untuk kejut dia itu, mesti dia ingat kau jual asam atau buah, bang. Sebab tu dia kata tak nak,” usik Nobody.
“Drive (pandu) masuk balai bang lain kali,” cadang Tun Ilaa. – KOSMO! ONLINE
@daddy_dayat Tido pulak🤦🏻♂️korang tengoklah sendiri ending dia🤣#grab #grabdriver #ragampenumpang #ragamcustomer #fypシ #fyp #tiktokviral ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)