fbpx

‘Terima kasih rakyat Malaysia sudi menyumbang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Aza (tengah) bersama empat anaknya bersyukur mendapat kereta Proton Saga bagi menggantikan Perodua Kancil yang uzur dan kerap rosak.

ALOR SETAR – Kisah keperitan hidup seorang ibu tunggal menjaga empat anak, ibu mentua selain kereta Perodua Kancil yang kerap rosak sehingga tersadai di jalan mendapat perhatian orang ramai.

Selepas dua hari kisahnya di­siarkan Kosmo!, Nor Aza Hamzah, 43, tidak henti-henti mengucapkan syukur kepada masyarakat yang menyalurkan sumbangan sehingga memboleh­kan dia membeli kereta Proton Saga terpakai untuk keselesaan keluarga.

Sukar digambarkan perasaan wanita itu apabila melihat anak-anaknya gembira menaiki kereta baharu berharga RM6,300 yang dibeli di kedai menjual kende­raan terpakai di Jitra.

“Kereta itu elok dan cantik jika dibanding dengan Pe­rodua Kancil saya guna sebelum ini yang terlalu uzur dan kerap rosak.

“Terima kasih rakyat Malaysia yang sudi menyumbang, Allah mengabulkan doa anak-anak untuk naik kereta baharu,” kata­nya ketika ditemui hari ini.

Menurut Nor Aza, dia berasa tersentuh apabila anak kedua­nya berusia 10 tahun meminta dia menggunakan wang simpanan sewaktu kereta Perodua kancil mereka rosak minggu lalu.

“Anak tanya berapa ringgit yang saya perlukan untuk membeli kereta baharu? Saya rasa sebak saya tahu anak kasihan melihat keadaan saya,” katanya.

Rabu lalu Kosmo! melaporkan mengenai keperitan hidup seorang wanita yang terpaksa me­lakukan pelbagai kerja termasuk mengambil upah menyiang ikan keli bagi menyara hidup selepas kematian suami akibat kanser.

Nor Aza mempunyai empat anak berusia tiga hingga 11 tahun. Wanita itu turut menjaga ibu mentua dan ibu saudara yang mempunyai masalah kesihatan.

Kesusahan Nor Aza turut mendapat perhatian Pengerusi Cancer Survivors Malaysia, Zuraini Kamal yang pernah membantu arwah suaminya melunaskan hutang tertunggak dua anaknya yang belajar di sebuah sekolah agama di Kubang Pasu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI