fbpx

SUV langgar ‘objek’ asing, sebelum rempuh penunggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal ditunggang mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan di Kilometer 20 Jalan Pekan-Batu Balik di Pekan hari ini.

PEKAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai masuk ke laluan bertentangan di Kilometer 20 Jalan Pekan-Batu Balik di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa Mohd Rizan Saari,35, yang menunggang motosikal Jenis Honda RS150R dalam perjalanan dari arah bandar Pekan ke Batu Balik manakala SUV jenis Proton X50 dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, SUV berkenaan dipercayai melanggar objek tidak pasti di atas jalan raya dan hilang kawalan lalu melanggar motosikal ditunggang mangsa yang berada di laluan bertentangan.

“Akibat kejadian, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan dua penumpang SUV mengalami kecederaan ringan,”katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI