JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia nekad merosakkan sebuah papan tanda gara-gara tertekan isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari, lapor portal Tribunnews semalam.
Kejadian berlaku di Kota Malang, wilayah Jawa Timur pada 30 Disember lalu.
Tindakan suspek yang dikenali sebagai DBS, 40, berpunca daripada kegagalannya mendapatkan pekerjaan selain isterinya tidak pulang ke rumah.
Ketua Polis Kota Malang, Komisioner Polis M Soleh berkata, suspek ditahan sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) di Jalan Wilis, daerah Klojen.
“Suspek ditahan atas kesalahan melakukan vandalisme. Dia berdepan hukuman penjara dua tahun dan lapan bulan,” katanya. – AGENSI