fbpx

“Kalau banjir itu korbankan nyawa, harta, jangan tunggu enam tahun”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan dan Amanat Tahun Baharu Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Januari 2025 di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pembangunan mendesak seperti projek tebatan banjir dan pembasmian kemiskinan tegar untuk disegerakan dan dipercepatkan.

Perdana Menteri berkata, projek terlibat perlu disegerakan meskipun mengambil masa dan unjuran yang lama.

“Ada hal-hal yang perlu dipercepatkan dan diperbaiki. Beberapa hal yang harus disegerakan kadang-kadang ia mengambil masa dan unjuran.

“Kalau banjir itu mengorbankan nyawa, mengorbankan harta, jangan sehingga tunggu enam tahun. Kalau perlu jimat daripada perbelanjaan lain, kita jimatkan. Kalau perlu kita pinjam, kita pinjam.

“Tapi, semua program yang mendesak seperti kemiskinan tegar, tebatan banjir harus disegerakan dan tidak mengikut unjuran lima atau enam tahun,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Katanya, beliau mahu program untuk kesenangan rakyat disegerakan supaya dalam tempoh yang singkat permasalahan itu dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Anwar berkata, beliau memahami bahawa projek tebatan banjir sudah terangkum dalam rancangan lima tahun pembangunan kerajaan (Rancangan Malaysia).

Namun, katanya, ia (projek tebatan banjir dalam Rancangan Malaysia) harus dirombak semula.

“Jadi hal-hal ini harus diteliti oleh semua ketua setiausaha kementerian,” katanya.

Katanya, keupayaan sesebuah negeri tidak perlu dibangkitkan dan menjadi alasan selain mahu kerja itu diselesaikan segera.

“Kita tengok skim banjir untuk tebatan banjir (sebagai contoh) fasa 1 Rantau Panjang, Kelantan dah siap, fasa kedua tahun 2026, fasa ketiga 2029, jadi orang Rantau Panjang kena tunggu 15 tahun baru nak siap,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI