fbpx

Polis Selangor tangguh kelulusan permit konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Polis Selangor menangguhkan sementara kelulusan permit sebarang penganjuran konsert bagi mengelakkan berulang kembali kejadian pengunjung maut akibat dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, langkah serta merta tersebut diambil supaya mana-mana penganjur boleh mengambil kawalan keselamatan terutama dalam penjualan dadah.

Katanya, dalam konsert Pinkfish tersebut didapati penganjur gagal mengawal aktiviti pengedaran dadah itu.

“Kita juga tidak boleh menolak pihak penganjur terlibat atau tidak dalam pembekalan pil ekstasi ini. Individu yang hadir dalam konsert juga boleh secara bersendirian dan perkara ini semua dalam siasatan.

“Di masa hadapan sekiranya sebarang penganjuran konsert, pihak penganjur perlu memberi keyakinan untuk mereka boleh mengawal sebarang kemasukan dadah dalam mana-mana konsert,” katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Beliau menegaskan, sekiranya elemen kawalan itu gagal, maka polis tidak boleh membenarkan sebarang konsert diadakan yang boleh menyebabkan kematian.

Hussein berkata, ini seterusnya menimbulkan imej negatif kepada masyarakat dan negara terhadap mana-mana penganjuran keramaian yang berakhir dengan kematian.

Justeru, pihaknya melihat keperluan garis panduan baharu dalam sesuatu penganjuran konsert pada masa akan datang.

“Sekiranya dibenarkan bilangan yang boleh hadir adalah mengikut keluasan tempat selain aspek keselamatan berhubung penjualan dadah dalam mana-mana konsert.

“Yang ketiga adalah pengudaraan. Kemungkinan atas kesesakan begitu ramai boleh menyebabkan berlakunya sesak nafas mana-mana individu ditambah pengambilan dadah,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan empat termasuk dua wanita berusia 20 hingga 40-an maut disyaki ekstasi selepas menghadiri konsert ” Pinkfish” di Bandar Sunway. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI