fbpx

Polis bebaskan banduan sambut tahun baharu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan Inspektor Detektif, Titus Phiri yang mengambil kunci sel dalam keadaan mabuk. - Perkhidmatan Polis Zambia

LUSAKA – Seorang pegawai polis di Zambia diberkas selepas membebaskan lebih 12 banduan bagi membolehkan mereka meraikan sambutan tahun baharu, lapor saluran berita CNN semalam. 

Perkhidmatan Polis Zambia berkata, pegawai dikenali sebagai Inspektor Detektif Titus Phiri itu mengambil kunci sel dalam keadaan mabuk. 

“Phiri membuka kunci sel lelaki dan wanita sebelum mengarahkan banduan keluar sambil mengatakan bahawa mereka bebas untuk menyambut Tahun Baharu 2025,” katanya.  

Penangkapan untuk 13 banduan yang masih bebas telah dilancarkan. Ada antara mereka yang didakwa melakukan serangan, kecurian serta jenayah lain. 

“Perkhidmatan Polis Zambia komited dalam menegakkan undang-undang dan ketenteraman negara. 

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai yang didapati menyalahgunakan kuasa atau bertindak bertentangan dengan undang-undang,” tambahnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI