fbpx

PM Thailand isytihar aset lebih RM1.7 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Paetongtarn bersama bapanya, Thaksin. - Foto AFP

BANGKOK – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) Thailand mendedahkan akaun terperinci mengenai aset dan liabiliti Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Laporan tersebut mendedahkan bahawa anak bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra berusia 38 tahun itu mempunyai aset bernilai lebih 13 bilion baht (RM1.7 bilion) di samping liabiliti berjumlah lebih 4 bilion baht (RM520 juta).

Pengisytiharan aset itu adalah termasuk pelbagai jenis barangan peribadi dan keluarga.

Ia turut termasuk koleksi 217 beg tangan, 23 buah kenderaan dan sembilan barang koleksi Bearbrick. 

Selain itu, Paetongtarn memiliki sejumlah besar emas, pelbagai barang kemas dan pakaian. 

Laporan aset itu juga menyenaraikan tiga bidang tanah di Pathum Thani dan dua lagi di Hokkaido, Jepun, bersama dua rumah sewa di London, Britain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI