fbpx

Pekerja Bangladesh cuba sogok polis lepaskan rakan mencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa anggota SPRM untuk direman di Mahkamah Majistret Kuala Selangor, hari ini.-Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Tindakan seorang pekerja kilang warga Bangladesh menyogok anggota polis sebanyak RM3,900 memakan diri apabila dibrkas pihak berkuasa semalam.

Suspek berusia 35 tahun itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber berkata, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Sruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Selangor, di sini pada pukul 1.10 tengah hari.

“Suspek disyaki cuba menawarkan rasuah kepada anggota Balai Polis Kuala Selangor bagi melepaskan seorang rakannya yang ditahan kerana mencuri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI