JAKARTA – Penduduk Badung, wilayah Bali gempar apabila menemui beribu-ribu ikan terdampar di sebuah pantai di samping sampah sarap, lapor portal berita Detik semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan) di Pantai Jimbaran, Kuta Selatan.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @infobalinese.id menunjukkan beribu-ribu ikan yang masih hidup melompat-lompat di tepi pantai hingga ke permukaan air laut.
Sebilangan penduduk tempatan dilihat menangkap ikan-ikan tersebut dan meletakkannya di dalam plastik.
Seorang penduduk tempatan, I Gusti Made Rai Dirga berkata, fenomena ikan terdampar itu berpunca daripada arus laut.
“Selain itu, sampah yang dihanyutkan oleh ombak kuat membawa ikan-ikan itu ke pantai,” tambahnya. – AGENSI