fbpx

K2

Panduan memilih tadika terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TADIKA

SEPERTI kebiasaan, apabila masuk tahun baharu, ibu bapa akan mencari tadika untuk menghantar anak mereka memulakan pembelajaran awal.

Pencarian perlu dimulakan awal kerana jika terlambat, kemungkinan tadika atau sekolah yang diidamkan sudah penuh dan tidak menerima pendaftaran pelajar baharu.

Lagipun, mutakhir ini banyak kes penderaan berlaku di tadika, sekali gus menyebabkan ramai ibu bapa gusar dan lebih berhati-hati apabila ingin memilih tempat pendidikan awal untuk anak mereka.

Jadi, bagaimana cara memilih tadika terbaik dan tepat untuk anak anda memulakan pembelajaran?

Justeru minggu ini, Wanita kongsikan beberapa tip dan panduan bagi ibu bapa memilih tadika atau pusat pembelajaran awal bagi anak-anak.

Pastikan tadika berdaftar dengan JKM

Tadika yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah pun dipastikan keselamatannya, di mana ia perlu mematuhi standard minimum ditetapkan.
Selain itu, pihak tadika perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Keselamatan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Cari pengusaha atau guru yang tepat

Pengusaha atau guru yang mempunyai latar belakang dalam pendidikan awal kanak-kanak lebih memahami bagaimana cara mendidik kanak-kanak.
Mereka juga telah belajar untuk mendalami perasaan kanak-kanak serta mengetahui tahap pendidikan yang perlu dikuasai oleh pelajar.

Buat lawatan ke tadika

Cubalah luangkan masa sehari untuk membuat lawatan ke beberapa tadika yang telah anda senarai pendek sebagai pilihan terbaik.
Anda perlu lihat tempat anak-anak bermain, tidur, makan dan belajar.
Sesi lawatan ini akan memberi gambaran tentang bagaimana pergerakan anak anda ketika di tadika.
Sekiranya anda tidak puas hati dengan fasiliti yang tersedia, boleh gugurkan tadika itu daripada senarai.

Bertanya kepada ibu bapa lain

Jika anda mempunyai kenalan atau kawan yang pernah menghantar anak ke tadika terbabit, cubalah ringankan mulut untuk bertanya beberapa hal penting.
Tanya bagaimana keadaan anak mereka sepanjang pembelajaran di tadika terbabit.
Tanya juga sama ada anak mereka sering sakit atau kelihatan tidak terurus apabila dihantar ke taska tersebut.

Yuran yang sesuai dengan kemampuan

Setiap ibu bapa pasti sudah mempunyai peruntukan untuk urusan pembelajaran anak-anak.
Jadi, pilihlah tadika yang sesuai dengan bajet agar ia tidak membebankan kewangan anda di kemudian hari.
Ini bukan soal kedekut, ia adalah demi kelangsungan hidup dan anak anda boleh bersekolah seperti kanak-kanak lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI