fbpx

MKM sasar 2,000 jemaah haji tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MKM berpengalaman menguruskan lebih 100,000 jemaah menunaikan haji dan umrah.

PETALING JAYA – MKM Ticketing Travel and Tours menyasarkan untuk memberi perkhidmatan kepada 2,000 jemaah haji tahun ini, melibatkan jualan sebanyak RM150 juta.

Menurut Ketua Pegawai Strategiknya, Abdul Hadi Abdul Rahman, sasaran jemaah yang lebih ramai pada 2025 adalah berdasarkan pakej yang dirancang, dengan harga berdaya bersaing.

Katanya, ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk memastikan lebih ramai jemaah dapat merealisasikan impian mereka untuk ke tanah suci.

“Sejak 13 tahun beroperasi, kami telah membawa lebih 100 ribu jemaah haji dan umrah melalui 10 cawangan kami, termasuk satu di Indonesia.

“Berbekalkan pengalaman meluas ini juga, kami berbesar hati untuk menyambut bakal tetamu haji kali ini dengan keselesaan maksimum menerusi bimbingan dan pengurusan yang memudahkan setiap langkah jemaah.

“Kami juga mengharapkan agar semua jemaah dapat merasai pengalaman kerohanian yang lebih baik dan dapat memberi fokus kepada ibadah dengan bantuan mutawif berpengalaman termasuk perkhidmatan lengkap Visa Haji dan pengangkutan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, MKM menyediakan pengurusan profesional dengan proses teratur serta penginapan berkualiti dengan akses mudah ke lokasi utama.

Pakej haji yang ditawarkan bermula dari RM54,900 hingga RM275,000 seorang.

Pakej berharga RM54,900 adalah bagi mereka yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini, manakala pakej premium bermula RM75,900 terbuka untuk jemaah terpilih haji dan mereka yang membuat rayuan.

Ujarnya, jemaah haji berpeluang tinggal di penginapan bertaraf lima bintang yang terletak pada jarak hanya 50 meter dari Masjidil Haram.

MKM turut memiliki perancangan untuk membuka lima cawangan baharu dalam masa terdekat bagi memudahkan urusan jemaah di seluruh Malaysia.

Orang ramai yang terpilih untuk menunaikan haji, atau yang membuat rayuan dan berhajat menunaikan haji secara swasta boleh mula mendaftar dari sekarang sehingga tarikh yang akan ditentukan Tabung Haji kelak. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI